"Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.
Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.
Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.
Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?
Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?
Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.
Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam...
Renung-renungkanlah.... Rakyat Malaysia"
Wednesday, April 23, 2008
Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia...
Monday, April 21, 2008
Tugasan Pelajar Minggu Keenam
Dalam Diari Akademi Fantasia tadi, diumumkan tugasan pelajar untuk minggu keenam. Pengetua berjanji akan memberikan ilmu lebih tinggi kepada pelajar yang paling berusaha supaya mampu berjaya walaupun tidak bergelar suara. Berikut adalah tugasan pelajar untuk minggu ini: PELAJAR LELAKI Nubhan : Generasiku (OAG) PELAJAR WANITA Rina : Ular (Anita Sarawak) Teruskan menonton Akademi Fantasia 6 di Astro Ria (Saluran 104) dan jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran anda! sumber:astro |
Saturday, March 22, 2008
Monitor skrin lebar
|
|
SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini memantapkan rangkaian LCD monitornya dengan memperkenalkan siri model terbaru yang merangkumi model pengguna, perniagaan dan komersial.
Barisan LCD tahun 2008 itu, dihasilkan sejajar dengan trend pengguna yang cenderung ke arah reka bentuk dan fungsi terkini.
Dimulakan dengan produk T series, siri model tersebut hadir dengan dua model iaitu T220 bersaiz 22 inci dan T240 bersaiz 24 inci yang turut dilengkapi dengan ciri-ciri menarik sekali gus memperbaharui fungsi dalam rangkaian pembuatannya.
Menarik tentang T series, monitor skrin lebar itu didatangkan dengan ciri skrin Crystal Clear dan nisbah kontras dinamik tinggi 20,000:1 yang menjanjikan pantulan imej yang tajam selain menghasilkan warna yang terang.
Dalam pada itu, Samsung juga telah mengambil langkah menggabungkan teknologi touch of Color yang bertindak sebagai pengimbang bagi menerapkan warna lut cahaya pada keseluruhan monitor terbarunya.
Skrin T series tersebut yang mendapat perakuan Microsoft Windows Vista itu boleh didapati dengan dua warna iaitu hitam ros dan hitam nilam.
Selain itu, bagi melengkapkan prestasi monitor tersebut model T240 didatangkan dengan input HDMI yang memastikan kualiti imej lebih tajam.
Menyentuh mengenai aspek sambungan, kedua-dua skrin LCD T series itu juga hadir dengan kemudahan sambungan USB bagi memudahkan penyelarasan dengan gajet lain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Malaysia Electronics (SME), Min Yong Ho, penghasilan rangkaian monitor LCD ini bertujuan membawakan peranti paparan terbaik di kalangan produknya yang setaraf serta menyediakan penyelesaian kepada pengguna.
‘‘T Series, Aqua Series, Mckinley Series dan Lime Series dijangkakan mampu memenuhi kepuasan pengguna sekali gus menghasilkan kualiti tontonan yang jelas,’’ katanya.
Model
Sementara itu, Lime Series pula hanya dengan satu model sahaja iaitu 225UW yang hadir merupakan skrin lebar bersaiz 22 inci.
Model tersebut dikatakan sesuai dan mampu diselaraskan dengan aplikasi Microsoft Office Communicator yang dibangunkan dengan kemudahan kamera web terbina dalam 2 mega piksel.
Berteraskan resolusi tinggi 1,680 x 1,050 serta nisbah aspek 16:10, monitor tersebut mampu menghasilkan kualiti imej unggul bagi kegunaan profesional.
Seperti skrin monitor yang lain, ia turut dilengkapi kemudahan slot sambungan USB dengan dua pangkalan, dwiinput bagi DVI-D dan analog.
Ciri Magic Color memperhebatkan monitor bagi membolehkan kawalan ton warna dan gambar dilakukan selain berfungsi untuk menambah baik warna pintar serta memperbaiki kualiti imej secara automatik.
Dalam pada itu, ciri Magic Bright II membolehkan pengguna memilih mod tontonan, seperti teks, permainan, sukan dan filem khusus untuk disesuaikan mengikut cita rasa.
Seterusnya, Samsung juga mengambil inisiatif dalam menghasilkan monitor LCD berformat besar yang direka khas untuk kegunaan korporat dan paparan komersial.
Monitor bersaiz 70 inci itu juga telah terpilih bagi anugerah Produk Inovasi CES 2008.
Ia sesuai untuk digunakan di lapangan terbang, gedung membeli-belah, pasar raya, universiti bangunan, pejabat, bank dan tempat-tempat awam yang tertutup.
Dibangunkan dengan resolusi berdefinisi tinggi penuh (HD) (1,920 x 1,080), Beethoven Plus dikatakan mampu menghasilkan imej besar tanpa menjejaskan kualiti gambar.
Lebih menarik, model LCD berskrin besar itu boleh diselaraskan dengan perisian MagicNet Pro yang berfungsi membenarkan pengguna untuk mengawal beberapa skrin melalui satu komputer pusat.
Perisian MagicNet Pro turut berupaya menyiarkan pelbagai kandungan menerusi skrin berlainan pada waktu berbeza dan paparan juga boleh dijadualkan sebulan lebih awal.
Perisian tersebut dijayakan melalui fungsi panel Paparan Maklumat Digital yang terbina khusus untuk skrin monitor besar.
Manakala bagi golongan profesional, Samsung tidak ketinggalan untuk menyediakan monitor LCD profesional Hubble 245B Plus bersaiz 24 inci.
Monitor tersebut dikatakan memberi sudut tontonan yang luar biasa (178/178 darjah) sekali gus menyokong rangkaian aplikasi berbilang tingkap dengan kejelasan imej beresolusi tinggi.
Dengan ciri tersebut pengguna mampu menjalankan beberapa tugasan dan aplikasi dengan paparan serentak menerusi satu skrin.
Kehadiran teknologi MagicSpectrum menyokong penuh resolusi tinggi monitor yang berfungsi memancarkan warna yang sukar dicapai dalam usaha menghasilkan warna sama dengan imej foto.
Maklumat dan spesifikasi lengkap produk boleh didapati dengan melayari laman web www.samsung.com.
Litar paling canggih
I>Litar Antarabangsa Sepang berukuran sejauh 5.5 km merupakan litar perlumbaan paling canggih buat masa ini. Kos pembinaannya mencecah RM456 juta dan disiapkan sepenuhnya pada November 1998.
PERLUMBAAN pertama yang diadakan di litar ini ialah pada 12 Disember 1999. Litar ini mengandungi satu sirkit yang bergabung dengan sirkit yang lain. Trek perlumbaan utama pula sepanjang 5.543 km dan pilihan yang lain ialah 2.805 km.
Litar ini amat selesa dan pemandu boleh memecut sehingga ke tahap paling maksimum. Bahagian litar yang paling laju adalah garisan lurus di antara T15 dan T1. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 350 km sejam. Para penonton dinasihatkan supaya memakai penutup telinga lebih-lebih lagi mereka yang berada di tempat duduk utama.
Bahagian pit turut dimuatkan pejabat untuk pasukan dan bilik persidangan yang lengkap dengan teknologi terkini.
|
|
Kebiasaannya, di dalam perlumbaan Grand Prix F1, terdapat 56 pusingan keseluruhannya. Trek tidak mempunyai kecuraman dan mengandungi dua garis lurus yang panjang di mana tahap kelajuan mencecah 180 km sejam.
Trek ini juga dikenali sebagai kawasan kereta rosak dan mana-mana kereta yang mempunyai masalah reliability berkemungkinan tidak akan nampak garisan penamat untuk perlumbaan tersebut.
Menjadi litar terbaik di dunia, kemudahan yang disediakan dianggap amat istimewa oleh pemandu F1 dan pakar. Pada 1999, secara rasminya Grand Prix Malaysia yang pertama diadakan di Litar Sepang dan menarik lebih 78,000 penonton termasuk 600 juta yang menonton di televisyen. Hasilnya, Malaysia mendapat pulangan lebih daripada RM494 juta.
|
|
Perlumbaan pertama ini akan sentiasa diingati kerana kontroversi yang melibatkan pasukan Ferrari yang dibatalkan kelayakan mereka.
Litar Sepang ini terletak kira-kira 60 km dari bandar raya Kuala Lumpur dan 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sistem jalan raya yang canggih menghubungkan litar ini dengan Kuala Lumpur dan lapangan terbang. Perjalanan melalui lebuh raya pula mengambil masa kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur ke litar ini. Papan tanda dapat dilihat dengan jelas di tepi lebuh raya. - DRAHMAN BAHARUN
sumber:kosmo
Katrij isian semula menjimatkan
|
|
PELIKAN International Corp. Bhd, baru- baru ini mengumumkan pelancaran katrij dakwat boleh isi semula, Power Pad yang diyakini mampu menjimatkan kos dan masa selain menghasilkan cetakan berkualiti.
Bagaimanapun, buat masa ini, Power Pad hanya dicipta khusus bagi kegunaan pencetak Canon model CLI-8, PGI-5 dan Hewlett Packard (HP), HP21 serta HP27.
Sementara itu, Power Pad yang mudah untuk dipasang dan digunakan, mampu menghasilkan kualiti cetakan baik selain dakwat tidak akan meleleh semasa isian semula dilakukan.
Lebih menarik, Power pad mampu menjimatkan 50 peratus kos pengisian semula berbanding kos asal.
Penggunaannya ternyata menguntungkan dan efisien kepada pengguna dari segi penjimatan wang ringgit dan masa.
Menurut Naib Presiden Pelikan (Asia Tenggara), Kenny Kang, objektif utama penghasilan Power Pad ialah untuk menawarkan alternatif kepada pengguna dalam menghasilkan cetakan kualiti pada kuantiti yang sama tetapi pada harga yang lebih murah.
“Pada kebiasaannya, katrij dakwat isian semula menghasilkan cetakan yang tidak bermutu, namun menerusi kajian dan pembangunan Power Pad yang dijalankan di Switzerland, secara tidak langsung ia menghasilkan variasi pilihan terhadap pasaran katrij dunia,’’ katanya.
Harga seunit bagi Power Pad berdakwat hitam adalah pada RM22.99 hingga ke RM25.99 sementara Power Pad berwarna dijual pada harga RM68.99 seunit.
Penggunaan Power Pad sangat efisien jika dibandingkan dengan pengisian semula secara manual yang mengundang kebocoran angin seterusnya menyebabkan lelehan dakwat berlaku semasa diisi semula.
Bagi mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai Power Pad, pengguna boleh melayari laman web www.pelikan.com.
sumber:Utusan Malaysia
Pakej Streamyx Combo dua dalam satu
Ramai yang hanya mahu menggunakan Internet tetapi tidak mahukan talian telefon tetap di rumah. Buat masa ini pengguna perlu membayar kedua-duanya dalam dua bil yang berbeza dan ini memang membebankan.
Bagi membantu pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) boleh menikmati faedah daripada pakej jalur lebar terbaru dengan pelancaran Streamyx yang paling kos efektif.
Pakej Streamyx yang menarik ini membolehkan pelanggan mendapatkan capaian Internet dengan kelajuan 384 Kilobit sesaat (Kbps) sehingga 4.0 Megabit sesaat (Mbps) tanpa perlu membayar caj sewa bulanan talian tetap.
Streamyx Combo diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan Internet dengan mengurangkan kos permulaan.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah Pelan Penggunaan atau Perkhidmatan Tambah Nilai
yang lain sesuai dengan keperluan individu.
Ketua Pegawai Operasi TM Retail, Malaysia Business TM, Datuk Adnan Rofiee berkata, Streamyx Combo amat menarik kerana menggabungkan dua perkhidmatan dalam satu pakej.
“Pelanggan hanya perlu membayar satu yuran bulan bagi menikmati perkhidmatan Internet dan talian tetap sekali gus.
“Ini menjadikan pakej ini satu-satunya pakej mudah dan mampu dimiliki oleh lebih ramai pelanggan,” katanya semasa majlis pelancaran Streamyx Combo di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Adnan menambah, menerusi inisiatif berkenaan pihaknya berharap akan menjadikan perkhidmatan jalur lebar lebih menarik dan mampu dimiliki oleh ramai pengguna.
Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar kepada 50 peratus pada tahun 2010.
Pelanggan Streamyx Combo akan menerima sebuah modem secara percuma, satu akaun e-mel dan akses jalur lebar tanpa had berdasarkan satu alamat Protokol Internet (IP).
Selepas perkhidmatan berjaya diaktifkan, caj pemasangan sebanyak RM88 dan caj setem RM10 akan dikenakan.
Senarai pakej yang ditawarkan
Pakej Streamyx Combo Yuran langganan bulanan
384 Kbps - RM60
512 Kbps - RM90
1.0 Mbps - RM110
2.0 Mbps - RM140
4.0 Mbps - RM160
Selain itu pelanggan juga diberi pilihan untuk menambah satu atau lebih Perkhidmatan Tambah Nilai kepada pakej yang ada seperti:
* Tambah Pelan Panggilan @ RM28 di mana pelanggan akan mendapat
* Panggilan tanpa had ke semua nombor Talian Tetap TM
* Kadar rata 25 sen seminit bagi panggilan ke semua talian mudah alih dan talian tetap penyedia telekomunikasi lain
2. Tambah Perkhidmatan Tambah Nilai
* Internet Security (Asas) @ RM3 yang terdiri daripada
- Online Guard
- Virus Sheild & Anti Spamming
* Internet Security (Premium) @ RM8 yang terdiri daripada
- Online Guard
- Virus Sheild & Anti Spamming
- Xfilter Escan
3. Tambah Pakej Ceria @ RM12 yang terdiri daripada
* akhbar online e-browser - The Star
* ensaiklopedia online Britannica
* Hypp.TV - Pakej Klip Video Liga Perdana Barclays dan Video Sukan Ka-Pow!
* permainan online atas permintaan
* pakej keluarga e-pembelajaran
Pelanggan boleh mendaftar untuk promosi ini di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara, Clickers Authorised Service Outlets (CASO) atau wakil penjual TM yang sah.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan TM, hubungi 100 atau layari www.tm.com.my
sumber:Utusan Malaysia
M.Mobile penuhi selera pengguna
|
|
KEBELAKANGAN ini, ketika pasaran terhadap telefon bimbit semakin meningkat, produk keluaran M.Mobile juga tidak terkecuali daripada mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Daripada beberapa model terkini M.Mobile, tiga yang mendapat permintaan hebat ialah model MB360, MB370 dan MB380.
Ketiga-tiga model ini mudah mendapat sambutan kerana ia dipasarkan dengan harga berpatutan dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan terkini sebagaimana kehendak semasa pengguna.
Pengarah M.Mobile, Mohamed Shukri Zain menyatakan, MB360 menampilkan telefon yang nipis dan memiliki pelbagai kelengkapan multimedia bagi memenuhi kehendak semasa pengguna, terutama golongan remaja.
Katanya, antara keistimewaan model itu ialah ia dilengkapi skrin sesentuh menggunakan pen atau stylus dan pada masa yang sama boleh menggunakan hujung jari sahaja.
Bagi model MB360, dua set bateri disediakan bagi memudahkan mengecaj telefon kerana satu set bateri boleh dicaj serentak kerana peralatan mengecaj bateri disediakan di kepala plug telefon.
Memudahkan pengguna, aksesori telefon dilengkapi kabel USB dan fon kepala menjadikannya salah satu telefon multimedia.
“MB360 juga dilengkapi dengan wallpaper, screen saver serta Bluetooth.
“Kita hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk menukar wallpaper,” katanya.
Pengguna model ini juga boleh memuatkan lagu-lagu dari komputer ke telefon atau sebaliknya.
Mohamed Shukri menambah, bagi individu yang gemarkan hiburan dan maklumat terkini menerusi radio pula, mereka boleh menggunakan fon kepala untuk mengikuti saluran radio yang dipilih.
Spesifikasi M.MOBILE MB360
- WQVGA 2.4 LCD
- Skrin sesentuh
- Bluetooth 2.0
- Sokongan Internet Camera Viewing (Web Cam)
- Rakaman perbualan
- Speaker 3D stereo berganda
- Permainan 3D
- Kad sokongan memori T-Flash
- MP3, MP4, rakaman video
- Sokongan panggilan masuk skrin video / skrin imej.
- Radio FM, antena, bateri 900 mAh, jalur berganda 900/1800 MHz, dimensi kira-kira 108 x 50 x 15 mm.
Spesifikasi M.MOBILE MB370
- Skrin LCD WQVGA 2.4
- Bluetooth 2.0
- Dua kamera (Sokongan paparan kamera Internet)
- Rakaman perbualan
- Pembesar suara stereo berganda 3D
- Permainan 3D
- Kad sokongan memori T-Flash
- MP3, Mpeg4, Rakaman video
- Masa berbual 200 hingga 400 minit
- Waktu bersedia 240 hingga 350 jam
- Menyokong panggilan masuk skrin video / skrin imej.
Spesifikasi M.Mobile MB380
- Skrin LCD WQVGA 3.0
- Bluetooth 2.0
- Aplikasi Java
- Dua Camera (Sokongan paparan kamera Internet)
- Dua kad SIM
- Rakaman perbualan
- FM Recording (Rakaman FM)
- Pembesar suara stereo berganda 3D
- Permainan 3D
- Sokongan TV Output
- Kad sokongan memori T-Flash
- Menyokong nada latar belakang perbualan
- Menyokong panggilan masuk skrin video/skrin imej
- Menyokong panggilan masuk
- MP3, Mpeg4, Perakam Video
- Masa berbual 200 hingga 400 minit
- Masa menunggu 200 hingga 300 jam.
sumber:Utusan Malaysia
Fesyen buka dada
Inilah gayanya bila artis ke majlis glamor. Mereka memeriahkan Malam Gala Karyawan Malaysia baru-baru ini. Nampaknya masing-masing mahu tampil dengan fesyen yang manarik dan boleh membuka mata. Sesuai ke?
Dari kiri Sharifah Hazlinda (Lynn), Sharifah Shahirah, Norsheila Amin dan Datin Maria Arshad. Masing-masing masih melaram walaupun sudah semakin berusia.
Lama Lynn tak muncul ke majlis glamor. Sekali muncul panas juga.
Pasangan Ijoy Azhari dan Shahirah. Ewah Shahirah baru dapat anak kembali bergetah. Apa rahsia?
sumber:mangga
Friday, March 21, 2008
Renungkanlah
Sa tu Penjelasan Terbaik Kenapa Allah Memberi
Kesakitan Dan Penderitaan Seperti Yg Telah Kita
Lihat:
Ada Seorang Lelaki Pergi Ke Kedai Gunting Rambut
Utk Menggunting Rambut Dan Janggutnya. Apabila
Barber Itu Memulakan Tugasnya, Mereka Pun
Berborak Dan Bercakap Mengenai Byk Perkara.Tapi
Bila Mereka Mula Berbicara Mengenai Allah,Barber
Itu Pun Berkata,
'' Saya Tak Percaya Allah Itu Wujud.''
''Kenapa Kamu Kata Begitu?'' Tanya Si Lelaki Tadi.
'' Cuba Kamu Keluar Di Tgh Jln Itu Dan Tunjukkan
Pd Saya Bahawa Allah Itu Wujud. Kalau Betul Allah
Wujud,Kenap a Ramai Sgt Org Sakit Kat Luar Tu?
Kenapa Masih Ada Kanak2 Yg Terbiar? Kalau Betul
Allah Wujud,Dah Tentu Tiada Kesakitan Dan
Keperitan Hidup Dlm Dunia Ni. Saya X Dpt
Bayangkan Allah Yg Maha Penyayang Boleh
Membenarkan Semua Ini Berlaku''.
Si Lelaki Itu Pun Berfikir Sejenak. Tapi Dia Tidak
Memberi Sebarang Jawapan Kerana Tidak Mahu
Memulakan Pertengkaran. Selepas Barber Itu
Menghabiskan Tugasnya, Si Lelaki Tadi Pun Pergi.
Selepa s Beberapa Langkah,Si Lelaki Tadi Ternampak
Seorg Lelaki Berambut Panjang,Selekeh,Koto r Dan
Janggut Tidak Terurus. Si Lelaki Tadi Pun Berpatah
Balik Dan Pergi Semula Ke Kedai Gunting Rambut
Tadi Dan Berkata,
'' Kamu Tahu Tak Yg Sbnrnye Barber Jgk Tidak
Wujud?''
''Kenapa Kamu Kata Mcm Tu? Sedangkan Saya Baru
Saje Gunting Rambut Kamu Tadi''.Kata Barber.
''Tidak!'' Kata Si Lelaki Tadi.''Kalau Barber Wujud,
Dah Tentu Tidak Ada Org Yg Berambut Panjang
Tidak Terurus Dan Kotor Serta Janggut Yg Panjang
Dan Kotor Mcm Lelaki Di Tepi Jalan Itu''.
''Ah!Barber Mmg Wujud! Lelaki Tu Jadi Mcm Tu Sbb
Dia Tidak Dtg Pada Saya Utk Menggunting
Rambu tnye!''.Kata Barber.
''Tepat Sekali!''. Kata Si Lelaki Tadi.
''That' s The Point!. Allah Jgk Wujud. Itulah Yg
Terjadi(Keperi tan&Penderitaan) Jika Manusia Tidak
Mengingatin ya Dan Kembali Padanya Utk Memohon
Pertolong an.''
Jadi Jika Anda Percaya Allah Itu Wujud, Tlglah
Fwrdkan Email Ini. Jika Tidak,Delete Saje.
MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.
INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.
MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.
PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.
KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.
MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMMAT ISLAM.
MOHAMAD RAHMAD BIN SHAHERI [05:33 PM]: WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
informasi teknologi terkini
Motherboard (Papan Induk) merupakan hardware (perkakasan) yang paling utama pada sesuatu sistem komputer.Semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – seperti sambungan kabel, slot, dan sebagainya.
Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan board.
Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bas.Tiga jenis bas iaitu bas data,bas kawalan & bas alamat.
Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard). Dulu ada beberapa saiz,tapi sekarang dah tetap iaitu Bateri CR2032.Penting untuk motherboard menyimpan segala setting-setting dalam CMOS yang telah dilakukan oleh pengguna.Jika bateri ini rosak @ lemah sistem akan menyuruh pengguna setting CMOS semula atau masa,tarikh telah berubah.Bateri CMOS ini cuma 3Volt.Harga pasaran Rm7-10.Sesiapa berminat membeli secara pukal bateri ini email saya di megabytett@hotmail.com. Harga pukal cuma
RM 350.00 untuk 100 unit saja.
Motherboard ada pelbagai jenis soket.Biasanya motherboard ni bergantung kepada prosesor yang anda gunakan.
Sejarah motherboard:
Soket 1 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & Over Drive
Soket 2 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4, Over Drive & 486 Pentium Overdrive
Soket 3 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & 486 Pentium Overdrive
Soket 4 Pentium 60/66, Overdrive
Soket 5 Pentium 75-133, Pentium 75+ Overdrive,
Pentium MMX 166-233, K5 PR75~PR133, 6×86L PR120+, PR166+ - PR 233
Soket 6 486DX4 75-120
Soket 7 Pentium 75-200, Pentium 75+ Overdrive,Pentium MMX 166-233,
K5 PR75-PR200, K6 166-300, K6-2 266-550, K6-2+ 450-550, K6-III 400-450,
K6-III+ 450-500,Cyrix,VIA
Soket 8 Pentium Pro 150-200, Pentium II OverDrive 300-333
SECC Slot 1 (Single Edge Contact Card) Celeron 266-300 (Covington),
Celeron 300A-433 (Mendocino),
Celeron 300A-533 (Mendocino PGA),
Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),
Pentium Pro 150-200,
Pentium II 233-300 (Klamath),
Pentium II 266-450 (Deschutes),
Pentium III 450-600B (Katmai),
Pentium III 533EB-1.13GHz (Coppermine)
SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake), Pentium III Xeon 500-550 (Tanner),
Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades), Soket 370 Celeron 300A-533
(Mendocino), Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),
Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)
Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)
Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)
Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)
Cyrix III 533-667 (Samuel)
Slot A Athlon 500-700 (K7)
Athlon 550-1GHz (K75)
Athlon 700-1GHz (Thunderbird)
Soket A Duron 600-950 (Spitfire)
Duron 1.0GHz (Morgan)
Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)
Athlon 4 850 (mobile Palomino)
Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)
Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)
Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)
Athlon XP 1700+(Thoroughbred)
Athlon XP 2500+(Barton)
Soket 423 Pentium 4 1.3GHz-2.0GHz (Willamette)
Pentium 4 1.6A (Northwood)
Celeron 1.7GHz (Willamette)
Soket 478 Celeron 1.7GHz-1.8GHz (Willamette)
Celeron 2.0GHz (Northwood-128)
Pentium 4 1.4GHz-2.0GHz (Willamette)
Pentium 4 1.6A (Northwood)
Soket 603 & 604 Xeon 1.4GHz-2.0GHz (Foster)
Xeon 1.8GHz (Prestonia)
Xeon MP 1.4GHz-1.6GHz (Foster MP)
Xeon MP 1.5GHz (Gallatin)
PAC418 Itanium 733-800 (Merced)
PAC611 Itanium 2 900MHz (McKinley)
Soket 754 Athlon 64 1GHz+ (Clawhammer)
Athlon 64 1GHz+ (San Diego)
Soket 940 AMD 1GHz+ (Sledgehammer)
Soket AM2 ( zaman akan datang )
Slot ram yang boleh digunakan:
Edo Ram (ini zaman mula-mula komputer,mesti ada sepasang’pair’)
SD Ram pc66 (ini mula-mula SD Ram keluar)
SD Ram pc100 (ada 4 chip/ 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)
SD Ram pc133 (ada 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)
RD Ram (ini zaman mula-mula Pentium 4 dengan soket 423,mesti ada sepasang’pair’)
DDR Ram PC2100/DDR 266Mhz ,
PC2700/DDR 333Mhz,
PC3200/DDR 400Mhz
DDR2 Ram PC4200/DDR2 533Mhz ,
PC5300/DDR2 667Mhz,
PC6400/DDR2 800Mhz
DDR3 Ram PC8500/DDR3 1066Mhz (terbaru)
Motherboard ni banyak jenis. Bergantung ciri-ciri yang disediakan oleh sesebuah pengeluar motherboard.Contoh ada yang mempunyai 2 bios la, kat chipset ade kipas la, dan sebagainya …
Tips beli motherboard pastikan chipset yg digunakan adalah intel @ via.
Jika chipset sis,lebih baik lupakan saja.
Warna pada motherboard pcb hijau, biru,kuning.Jika warna merah tidak bagus untuk kesihatan.
Contoh motherboard yang ada di pasaran kini :
MSI
Gigabyte
ABIT
ASUS
INTEL
PC-CHIP
Tips motherboard jika ko,pastikan keadaan fizikal elok.
Chek kapasitor-kapasitor ,pastikan tiada gelembung samada kat atas @ bawah.
Jika kapasitor rosak system akan hang @ asyik ‘restart’ aje @ ‘no display’.
Jika ada habuk,gunakan berus gigi utk gosak bahagian slot Ram.
Gunakan berus untuk buang habuk seluruh motherboard.
Tips yang ‘advanced’
Basuh dengan air sabun,bilas dengan air bersih,jemur sekitar suhu bilik aje.
Pastikan buka/cabut bateri CMOS,rendam dalam air sabun @ macam basuh baju.Gosok seluruh motherboard dengan berus supaya tiada habuk-habuk@kuman-kuman melekat.Kemudian bilas dengan air yang mengalir.Keringkan motherboard tersebut dengan mengunakan tembak angin ‘air compresses’.Jemur sekitar suhu bilik saja.Jangan jemur macam ikan bilis,nanti rosak chip-chip IC.
Tips Ram,sila gosakkan pin-pin warna emas dengan pemadam pensil.Pastikan ia berkilat semula.
Introduction
Terengganu's population, which stands at approximately 1 million people, consists of 90% Malays, with the rest being made up of Chinese and Indians. The pace of life in Kuala Terengganu, its capital state, and all the towns and villages in Terengganu is unhurried and unaffected by the hustle and bustle of a big city.
Terengganu's history goes back to as far as the 1st century and has long been an important area of Malay settlement. Throughout the time up to the present day, Terengganu has been ruled by 16 Sultans.