|
|
PELIKAN International Corp. Bhd, baru- baru ini mengumumkan pelancaran katrij dakwat boleh isi semula, Power Pad yang diyakini mampu menjimatkan kos dan masa selain menghasilkan cetakan berkualiti.
Bagaimanapun, buat masa ini, Power Pad hanya dicipta khusus bagi kegunaan pencetak Canon model CLI-8, PGI-5 dan Hewlett Packard (HP), HP21 serta HP27.
Sementara itu, Power Pad yang mudah untuk dipasang dan digunakan, mampu menghasilkan kualiti cetakan baik selain dakwat tidak akan meleleh semasa isian semula dilakukan.
Lebih menarik, Power pad mampu menjimatkan 50 peratus kos pengisian semula berbanding kos asal.
Penggunaannya ternyata menguntungkan dan efisien kepada pengguna dari segi penjimatan wang ringgit dan masa.
Menurut Naib Presiden Pelikan (Asia Tenggara), Kenny Kang, objektif utama penghasilan Power Pad ialah untuk menawarkan alternatif kepada pengguna dalam menghasilkan cetakan kualiti pada kuantiti yang sama tetapi pada harga yang lebih murah.
“Pada kebiasaannya, katrij dakwat isian semula menghasilkan cetakan yang tidak bermutu, namun menerusi kajian dan pembangunan Power Pad yang dijalankan di Switzerland, secara tidak langsung ia menghasilkan variasi pilihan terhadap pasaran katrij dunia,’’ katanya.
Harga seunit bagi Power Pad berdakwat hitam adalah pada RM22.99 hingga ke RM25.99 sementara Power Pad berwarna dijual pada harga RM68.99 seunit.
Penggunaan Power Pad sangat efisien jika dibandingkan dengan pengisian semula secara manual yang mengundang kebocoran angin seterusnya menyebabkan lelehan dakwat berlaku semasa diisi semula.
Bagi mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap mengenai Power Pad, pengguna boleh melayari laman web www.pelikan.com.
sumber:Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment